Monday, March 5, 2012


Najib dalam blognya menyatakan bahawa beliau bersedia untuk berdebat mengenai politik dengan sesiapa.


Sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, saya tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri saya. Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.

Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, samada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah.

Walau bagaimanapun, saya rasa ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran. Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini.

Teori konspirasi hanya wujud dalam filem-filem Jason Bourne, bukan dalam perdebatan politik yang rasional. Namun, nampaknya ada sesetengah pihak di negara ini yang tidak dapat menahan daya tarikan filem-filem tersebut kerana teori sebegitu membebaskan diri mereka daripada menanggung tanggungjawab atas kegagalan mereka sendiri. Sukar untuk memenangi sesuatu hujah atau gagal mendapatkan sesuatu cara anda? Cara penyelesaian yang lebih mudah adalah untuk mengadu bahawa sistem yang ada ini telah dikongkong daripada bekerja keras untuk mencari hujah yang lebih baik atau mengakui kesilapan diri dengan rendah diri.

Sangat membimbangkan saya apabila melihat terlalu ramai yang mengatakan mereka mahu memimpin Malaysia namun mereka tidak mampu mengawal diri apabila berdepan dengan sesuatu perdebatan. Bagi mereka, tiada batasan dalam menggunakan apa sahaja cerita, tuduhan atau teori yang keterlaluan, tidak kisahlah samada ianya berasas atau tidak, dan berlandaskan fakta atau tidak. Mereka tetap menggunakannya walaupun ianya akan merosakkan reputasi negara di mata antarabangsa dan menganggu kestabilan dalam negara.

Tidak dapat saya tekankan lagi betapa pentingnya kestabilan ini untuk kita semua, tidak kira apa latar belakang dan warisan kita. Kestabilan inilah antara ciri keunikan kita di mata antarabangsa. Namun begitu, walaupun kepelbagaian ini menjadi sumber kekuatan kita, ianya juga mudah bertukar menjadi kelemahan kita sekiranya pemimpin-pemimpin politik kita memilih provokasi daripada tanggungjawab, dan kita pula secara keseluruhannya tidak dapat mengawal diri dan memahami keseimbangan-keseimbangan sensitif di negara kita.

Konsep 1Malaysia yang saya perkenalkan adalah mengenai pemanfaatan kekuatan dalam kepelbagaian kita agar kita, sebagai sebuah negara, dapat menjadi lebih kukuh. 1Malaysia terbina daripada realiti Malaysia hari ini – adanya perbezaan pada warisan dan tradisi, pandangan dan pengalaman agama dan pendidikan – ianya tidak cuba untuk menidakkan kewujudan perbezaan ini. Namun 1Malaysia juga menyatakan bahawa perbezaan ini bukanlah halangan bagi kita untuk mencapai matlamat bersama, iaitu meningkatkan kemakmuran negara. Ia juga menyatakan bahawa sedang negara kita berkembang maju, sumber dan peluang yang semakin meningkat perlu diagihkan bagi menangani masalah yang dihadapi pada hari ini dan bukan masalah yang dihadapi oleh generasi bapa saya dahulu.

Walaupun begitu, tentunya telah timbul beberapa isu yang telah diperhebohkan oleh pihak-pihak yang menentang 1Malaysia. Saya akan membincangkan isu-isu ini dengan lebih mendalam di blog saya yang seterusnya.

7 ulasan :

Anonymous said...

pasti ramai yang ingin melihat Najib berdebat.

Green Sabah said...

Where is Anwar's invitation when Najib finally agreed to debate? I wonder why Anwar is so quiet after Najib's declaration that he is ready for a debate.

Green Sabah said...

A debate is good to clarify those political stands and explain those problems raised up. The people will be able to learn a lot from debates like this.

Sanih Alias said...

Biarkan saja apa yang mereka ingin katakan yang penting beliau dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Kris Jr said...

Salam,

Debat hanya menunjukkan kehebatan dan keburukan pihak lawan. tiada penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan.

Anonymous said...

Hasil daripada debat ini masih subjektif. Ada yang boleh memandang sesuatu hujah itu dari pelbagai sudut dan ada juga yang hanya bersikap skeptik.

Anonymous said...

setakat ini mana debat yang berjaya menyelesaikan masalah rakyat?? untuk menyelesaikan masalah rakyat, tidak ada.. tapi untuk menunjukkan siapa yang hero, sentiasa ada..