Saturday, March 24, 2012


Keributan dalam mesyuarat Umno Kb beberapa hari lepas dalam  soal pemilihan senarai calon seperti yang didedahkan oleh kelapamawar menerima pelbagai reaksi.Ada yang mempersoalkan ketelusan maklumat itu, malah ada yang menunding jari kepada pihak-pihak tertentu walaupun apa yang didedahkan itu satu kebenaran. tetapi kerana mereka lupa bahawa zaman langit terbuka kini, tidak lagi memungkinkan akan ada 'rahsia' umum yang sepatutnya diketahui di simpan dalam peti besi yang dikunci rapat.

Zaman ledakan maklumat dihujung jari membolehkan kesemua pihak tanpa bias dan pilih kasih mengakses maklumat saban waktu walau di mana. Yang menjadi kemusykilan kelapamawar ialah ada pihak yang mengugut bahkan cuba "menyerang" ketelusan maklumat yang kelapamawar perolehi.

Saya meminta pihak-pihak ini berhujah secara rasional dan matang. Apakah kepincangan yang berlaku itu jika ada seharusnya disembunyikan? Apakah organisasi yang dimiliki oleh semua rakyat itu harus dibiarkan dengan seribu macam keributan di dalamnya.?

Seorang pemimpin yang telus mulus dan "harmoni" pemikirannya ialah bila dia dapat mengendalikan perbedaan pendapat dari akar umbi secara rasional dan menerima kritikan secara membina luar kotak fikirnya.

Namun paradigma kita masaih belum bersedia untuk itu. Kita saling melabelkan idea dan pandangan yang kontra dengan label "Hang Jebat' walaupun sikap dan perwatakan pahlawan Melayu itu masih bertahkta dalam diri kita. Hang Tuah kita sanjung walaupun kita mengiktiraf keperwiraan Hang Jebat.

Berapa lama dalam dasawarsa politik daerah Kota Belud yang telah melahirkan bukan satu,dua,tiga dan lebih dari itu pemimpin ulung yang dibiarkan 'cetusan' minda mereka tanpa kritikan dan pandangan lain dari kotak sedia ada? Ketakutan dan kealpaan masyarakat kita berkongsi idea kontra itu menjadikan masyarakat kita 'jauh' dari apa yang kita inginkan. Mari bersama mengorak satu  wacana baru ,memulihkan situasi "longgar" kepada 'norma' yang lebih sempurna.



7 ulasan :

Antanum said...

Jika tidak berpuas hati pasti ada yang tidak kena dengan perbincangan itu.

Antanum said...

Semua masalah pasti ada jalan penyelesaianya. Cuma kita perlu mencari jalan penyelesaian itu.

Anonymous said...

jika ada ketidakpuasan hati, perbincangan dalam mencari penyelesaian pelru dilakukan.

TuhauBam said...

Mesyuarat harus dipersetujui oleh semua ahli.

Anonymous said...

Usah melatah jika apa yang dikhabarkan tidak betul, kelak kebenaran akan menyerlah jua.

Siapa yang boleh puaskan hati semua? Walaupun ada yang tidak berpuas hati, ada cara yang lebih professional dan matang boleh diambil untuk selesaikan perselisihan.

Hamdan Hadillah said...

Buat perbincangan dan persetujuan antara semua. Jika ada rasa tidak puas hati kemukakan dan pasti akan diselesaikan masalah itu.

evan medhousky said...

perkara biasa ba tu.. dalam PKR pun setiap kali mesyuarat pilihanraya atau pemilihan, bukan setakat tidak puas hati, malah berlaku konflik hingga membawa kepada lompat parti..